Rabu, 2 November 2011

IGCSE di MRSM Pekan....

Perjalanan sebilangan guru dari MRSM Batu Pahat ke MRSM Pekan menurut pandangan Cikgu If sangatlah memeningkan...hahahaha..kerana jalan dari Batu Pahat menuju ke Segamat sangatlah kurang elok..jalan nyer berbelit..apatah lagi mabuk naik bus semasa gi MRSM Tumpat masih belum hilang...
 mujurlah di penghujung jalan...mata disegarkan oleh bunyi arahan berhenti kerana perlu memberi laluan keretapi lalu...hahaha..orang Melaka macam Cikgu If memang jakun bila bab benda panjang ni? sebabnya di Melaka mana ada perkhidmatan nie...kunun cerita..zaman dolu2 ada keretapi di Melaka..tapi sehingga sekarang Cikgu If belum jumpa lagi bekas laluan si ulat gonggok nie....

malah Cikgu If pernah menyimpan cita-cita untuk mengembara dengan keretapi dari selatan ke utara...kunun cerita apabila matahari terbenam di laluan sawah padi Kedah..ianya sangat mengujakan untuk dirakam dengan DSLR...tapi entah bila agaknya....

 sepanjang menempuhi bandar Segamat ...Cikgu if tertawa kecil melihatkan begitu banyak 'signboard' untuk dibaca..kalau lah Cikgu If sedang memandu dan mencari haluan..dah tentu..konpem tak sempat baca semua signboard nie hahahaha...dah tentunya penghujung jawapan adalah sesat hehehehe...
 
 malamnya kami semua selamat sampai di MRSM Pekan dan menerima taklimat serta lawatan pada keesokan harinya....


 sangat mengujakan apabila bertemu dengan para pelajar yang sedang mengikuti IGCSE di sana....harap-harapnya MRSM Batu Pahat kelak akan memperolehi kekuatan dan kerahmatan dari Allah dalam mendidik anak bangsa pada tahun hadapan....dan moga hendakNya...kami para guru dan staff diberikan kemudahan dalam pada melaksanakan program ini...amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan